Mungkin ramai yang tidak sedar, dan ada yang masih belum mengetahui dengan jelas. Cuba tengok dalam dompet anda sekarang. Ada berapa jenis kad dalam dompet anda sekarang? Kad Pengenalan , Kad ATM, kad loyalti pasaraya atau kad kelab golf? Pasti ramai tak perasan dengan satu kad ini dapat membantu ketika sakit. Namun, ada sekeping kad yang cukup penting dan bernilai saat anda memerlukannya iaitu kad takaful perubatan. Adakah anda mempunyai kad tersebut? Cabaran dan rintangan yang semakin mencabar dari hari ke hari. Bil perubatan tidak menurun sebaliknya semakin meningkat saban tahun. Adakah kita sudah bersedia akan perkara ini? Saya pasti dan ramai sedar akan hal ini. Cabaran ini cukup membimbangkan. Malah merisaukan ketua keluarga. Dengan kad perubatan takaful, anda tidak perlu membayar. Hanya melangkah masuk ke hospital panel yang didaftarkan oleh syarikat takaful. Sehubungan dengan itu beban bil perubatan kini ditanggung sepenuhnya oleh syarik...