Muflis Sebab Kos Perubatan




  1. Sebenarnya kes muflis sebab kos perubatan ni banyak dah berlaku, cuma untuk public figure macam ni je isu disensasikan oleh media.
  2. Masalah ni real. Bukan main-main. Penyakit kritikal memang makan banyak duit untuk kos ubat-ubatan dan rawatan sesiapa sahaja tak terkecuali.
  3. Dalam hal ini, saya rasa sepatutnya ahli keluarga atlet yang dah harumkan nama negara patut dapat kelebihan manfaat perubatan yang dibiayai penuh di hospital kerajaan.
  4. Kecuali kalau anda ada jaminan dapat manfaat perubatan penuh tanpa had umur, maka medical card bukan untuk anda. Kalau tak, eloklah sediakan untuk kegunaan sendiri.
  5. Zaman mak ayah kita kurang sikit kesedaran tentang takaful. Itu sebabnya majoriti daripada mereka tidak mempunyai plan sendiri. Faktor manfaat perubatan awam yang lebih baik juga memainkan peranan. Dulu hospital kita tak sesak seperti sekarang. Mana wujud sistem giliran ni semua.
  6. Jadi kalau berkemampuan, sediakanlah kad perubatan sendiri. Tak mahal pun dan tak akan memiskinkan anda sebaliknya menyelamatkan anda daripada jadi miskin. Bajetkan RM5 sehari cukup.

Popular posts from this blog

Medical Card Takaful Ikhlas Mediplan

Kad Perubatan TAKAFUL satu keperluan masa kini