Takaful Bayar Pendek atau sehingga Umur 100 Tahun

"Berbaloi ke saya ambil polisi 35 tahun matang tetapi hanya bayar untuk 20 tahun. Baki 15 tahun lagi tidak perlu dibayar."
Tujuan takaful adalah untuk perlindungan. Sekiranya pakej begini diambil, ada dua kerugian.
Caruman bulanan jadi mahal, manakala Jumlah perlindungan rendah kerana memenuhkan Cash Value dari awal. Yuran charge Tabaruq lebih tinggi.
Contoh peserta A tidak mengambil pakej ini, membayar hanya RM 400 pada perlindungan RM1 Juta.
Manakala peserta B mengambil pakej ini, membayar RM 600 pada perlindungan RM 1 Juta.
Banyak beza kan bayaran bulanan mereka.
Andai kata kita lumpuh pada tahun ke-10, kita hanya dapat pampasan yang rendah tadi dengan tambahan Cash Value yang terkumpul.
Lebih baik kita ambil mengikut keperluan diri kita. Dan duit selebihnya masuklah ke dalam Tabung Haji atau ASNB.
KEDUA, katakanlah sijil takaful sudah tamat (matang) pada umur kita 60.
Pada waktu itu kita sudah ada penyakit darah tinggi atau kencing manis.
Jika hendak ambil coverage takaful lagi ketika itu sudah tidak boleh lagi.
Jika dalam sijil takaful tadi ada medical card, maka manfaat medical card juga tamat dengan tamatnya sijil tadi.
Nampak ke nampak?

Popular posts from this blog

Medical Card Takaful Ikhlas Mediplan

Muflis Sebab Kos Perubatan

Kad Perubatan TAKAFUL satu keperluan masa kini